Khamis, 9 Julai 2009

PPSMI Mansuh

Kita mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana telah memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam B.Inggeris (PPSMI). Pemansuhan ini akan bermula pada 2012 dengan pelajar-pelajar tahun satu, tingkatan satu serta tingkatan empat mempelajari kedua-dua subjek ini di dalam bahasa ibunda mereka. Disamping itu kerajaan juga akan memperkasakan pengajaran bahasa inggeris dengan menyediakan peruntukan yang besar bagi menambah bilangan guru bahasa inggeris.

Kita menyokong penuh di atas tindakan ini kerana ia akan dapat mengelakkan pelajar-pelajar menjadi mangsa jika dasar ini diteruskan. Perlaksanaan pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris ini menyebabkan pelajar-pelajar sukar menguasai kedua-dua matapelajaran tersebut. Ini adalah disebabkan mereka tidak mengusai bahasa inggeris dengan baik. Sebelum perlaksanaan PPSMI, kedua-dua mata pelajaran ini yang diajar dalam bahasa melayu pun merupakan mata pelajaran yang sukar dikuasai terutama di kalangan pelajar melayu.

Perlaksanaan dasar PPSMI ini telah mendapat bantahan daripada pelbagai pihak semenjak dari peringkat awal perlaksanaannya lagi. Di antara pihak yang membantah perlaksaan dasar PPSMI ini ialah tokoh-tokoh bahasa dan budaya, tokoh-tokoh pendidik dan ahli-ahli politik. Bantahan mereka ini dibuat bukan di atas dasar sentimen bencikan bahasa inggeris, tetapi adalah disebabkan keraguan mereka tentang kemampuan pelajar mempelajari kedua-dua subjek tersebut di dalam bahasa inggeris.


Walaupuan pihak kementerian pelajaran telah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak dalam memastikan kejayaan dasar ini tetapi keadaan pelajar-pelajar yang tersangat lemah penguasaan bahasa inggeris ditambah pula dengan guru-guru yang mengajar kedua-dua subjek tersebut juga tidak mempunyai pengusaan bahasa inggeris yang baik menyebabkan dasar ini tidak berjaya dilaksanakan.

Perbelanjaan besar yang disediakan bagi membeli pelbagai peralatan canggih samada hardware dan software, latihan guru serta lain-lain keperluan logistik, namun ia masih tidak mampu mempertingkat penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar.

Kerajan telah mengariskan beberapa langkah untuk terus meningkatkan lagi pengusaan bahasa Inggeri di kalangan pelahar. Di antara langg-langkah yang akan diambil ialah menambah guru bahasa inggeris termasuk membawa guru dari luar, menambah 'contact hours' masa belajar bahasa inggeris, memperkenalkan mata pelajaran kesusasteraan bahasa inggeris dan me

Bagi penulis langkah menambah 'contact hours' belajar bahasa inggeris tidak akan membantu meningkatkan penguasaan bahasa tersebut. Rakyat Malaysia belajar bahasa ingeris dalam jangka masa yang paling lama di kalangan negara yang bahasa inggeris bukan bahasa ibunda mereka. Kita rakyat Malaysia belajar bahasa Inggeris sekurang-kurangnya 11 tahun ! Bahasa Inggeris dipelajari di peringkat sekolah rendah selama 6 tahun dan di peringkat sekolah menengah pula selama 5 tahun. Ini belum lagi ditambah jangka masa di peringkat kolej dan universiti. Begitu panjang jangka masa kita belajar bahasa inggeris tapi masih tidak mampu bertutur bahasa inggeris. Sungguh menyedihkan. Berbanding dengan rakyat di setengah negara yang mempelajari bahasa inggeris hanya di peringkat kolej atau universiti, tetapi mereka boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik.

Persoalan 'contact hour' bukanlah yang menyebabkan kita lambat mengusai bahasa ini. Bagi penulis perkara yang perlu kita lihat adalah dari aspek metodologi pengajaran bahasa inggeris itu sendiri. Kaedah pengajaran bahasa Inggeris sekarang hanya menekankan aspek pengetahuan iaitu penguasaan perbendaharaan kata dan tatabahasa tetapi tidak dari aspek amalan iaitu komunikasi. Oleh sebab itu ramai rakyat Malaysia boleh membaca buku-buku Inggeris, memahami apabila seseorang bertutur dalam bahasa inggeris tetapi tidak berani bertutur di dalam bahasa Inggeris.

Penulis berharap pakar-pakar bahasa inggeris akan melihat perkara yang disebutkan penulis ini. Penulis berharap dengan langkah-langkah yang akan diambil nanti seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran akan dapat memperkasakan penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan