Sabtu, 9 April 2011

Temasya Sukan Tahunan SK (F) Kumai 2011

Temasya sukan tahunan SK Felda Kumai 2011 telah diadakan pada 9 April 2011. Sukan tersebut telah dirasmikan oleh Pengurus Teknoplant Encik Hamyruddin. Yang Di-Pertua PIBG Tuan Haji Ismail bin Md.Isa dan AJK-AJK PIBG turut hadir dimajlis memeriahkan sukan.


Encik Hamyruddin merasmikan sukan.
Encik Hamyruddin menyampaikan hadiah.

AJK PIBG Encik Ismayuddin sedang menyampaikan hadiah.
Puan Hajah Asmah dan Puan Suriani sedang posing.
AJK Hadiah sebuk menjalankan tugas.
Juruacara Encik Tahir dan Cik Zaimah Amimi tekun menjalan tugas.
Johan Temasya Sukan 2011, Rumah Merbau.
GPK Pentadbitan, Puan Hajah Asmah menyampaikan hadiah.
GPK HEM Puan Suriani menyampaikan hadiah.
AJK PIBG, Encik Zul sedang menyampaikan hadiah.

Isnin, 4 April 2011

Guru Berjiwa Penjenayah


Seorang murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) berasrama di Jejawi, Perlis dipercayai dibelasah seorang guru warden asrama di sebuah sekolah agama persendirian tanpa belas kasihan sehingga koma. Saiful Syazani Saiful Sopfidee dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star. Beliau kemudian meninggal kerana masalah jantung dan pendarahan otak.

Inilah akibatnya apabila dunia pendidikan telah dibolosi orang-orang yang sepatutnya tidak menjadi guru. Orang seperti ini sepatutnya menjadi warden penjara di Guantanamo atau Penjara Israel, bukan warden asrama sekolah.

Ke manakah perginya jiwa kemausiaan yang sepatutnya menghiasi kehidupan seorang manusia apatah lagi pada manusia yang dipanggil guru.

Faktor terpenting bagi seorang guru adalah kepribadiannya. Kepribadian itulah yang akan menentukan apakah ia menjadi pendidik dan yang baik bagi anak didiknya ataukah akan menjadi perosak atau penghancur bagi hari depan anak didik.

Kepribadian yang sesungguhnya adalah abstrak (ma’nawi) sukar dilihat atau diketahui secara nyata. Yang dapat dilihat adalah penampilannya yang terjelma dari tindakannya, ucapan, caranya bergaul, berpakaian dan dalam menghadapi setiap persoalan atau masalah, baik yang ringan maupun yang berat.

Perasaan dan emosi guru yang mempunyai kepribadian sentiasa stabil, optimis dan menyenangkan. Dia dapat memikat hati anak didiknya, karena setiap anak merasa diterima dan sayangi oleh guru, betapapun sikap dan tingkah lakunya.

Guru yang pemarah atau keras, akan menyebabkan pelajarnya takut, Pelajar yang takut tidak akan mempelajari apa-apa. Guru bukan untuk ditakuti tetapi dihormati.

Ahad, 3 April 2011

Mesyuarat Agung PIBG SK (F) Kumai ke-27 Sessi 2011

Dato'Sri Haji Ismail sedang memberi ucapan. Pegawai Pendidikan Daerah
Bera, Encik Ramli bin Haji Awang sedang mendengar ucapan beliau.


Guru Besar SK (F) Kumai menyampaikan cenderamata
kepada Dato' Sri Haji Ismail Sabri.


Dato' Sri Haji Ismail Sabri menandatangan buku pelawat.


Antara tetamu kehormat yang hadir.


Dato' Sri Haji Ismail Sabri sedang menikmati jamuan.
Antara pelajar 5A 2010 yang menerima pengiktirafan
dari Dato' Sri Haji Ismail Sabri.


Mesyuarat Agung ini telah berlangsung pada Ahad 3 April 2011. Tetamu jemputan khas adalah YB Dato' Sri Haji Ismail Sabri bin Haji Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang juga merupakan Ahli Parlimen Bera.

Tetamu-tetamu kehormat yang turut hadir adalah Encik Ramli bin Awang, Peawai Pelajaran Daerah Bera, Encik Abu Bakar bin Manan Pengurus Felda Kumai, Encik Abu bin Rasu, Ketua Kampung Felda Kumai dan Tuan Haji Ishak bin Hassan, Ketua Cawangan UMNO Felda Kumai.

Dalam ucapan beliau, YB Dato' Sri Haji Ismail Sabri memuji kejayaan yang telah dicapai oleh pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi sekolah dalam peperiksaan UPSR 2010 yang lepas.

Beliau juga memuji peranan PIBG dan guru-guru yang saling berganding bahu demi memastikan kejayaan cemerlang pelajar di sekolah ini. Beliau berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan. Kesungguhan guru-guru dan pelajar serta pengorbanan ibubapa adalah faktor penting bagi kejayaan sekolah.

Selain itu beliau mengingatkan ibubapa mengenai peranan kerajaan yang mengeluarkan peruntukan yang besar dalam menyediakan infrastruktur pendidikan juga adalah antara faktor kejayaan sekolah. Hasil dari pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan, maka pelajarpelajar melayu telah mencapai kejayaan yang cemerlang.

Mesyuarat Agung PIBG bermula tepat jam 11.30 pagi.




Jumaat, 1 April 2011

Kemelut Tarian Poco-poco

Sejak minggu kebelakangan ini heboh di perkatakan polemik mengenai tarian Poco-poco yang difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang dipengerusikan Tan Sri Harussani Zakaria. Manakala dua orang tokoh agama iaitu Dr Mashitah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis memberi tarian itu pandangan tidak haram.

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan terhadap fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi. "Poco-poco itu adalah muzakarah fatwa di Perak sahaja. Sehingga kini keputusan itu belum diwartakan. Bermakna selagi itu, ia tidak berkuatkuasa. Kalau berkuatkuasa pun ia hanya di Perak sahaja kerana ia bukan hasil dari keseluruhan muzakarah mufti," kata Mashitah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berpendapat tarian poco-poco hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman serta tidak perlu diharamkan di seluruh negara.

"Dari satu tempat ke satu tempat tarian poco-poco ini berbeza. Lagu pun tidak sama. Jadi besar kemungkinan ditimbulkan di Perak kerana di Perak tidak sama dengan tempat lain.

"Tapi di tempat-tempat lain yang saya sendiri perhatikan ia berbentuk lebih kepada senaman yang mana kalau nak buat aerobik itu pada orang tua mungkin agak agresif.Jadi poco-poco ini digunakan sebagai wadah untuk orang bersenam, itu yang saya lihatlah," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tarian poco-poco, yang muncul polemik terbaru, tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam.

Oleh itu kata beliau, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan.

Tarian ini berkembang dengan cepat dan pesat di Malaysia. Ianya menjadi pilihan ramai kepada orang-orang yang ingin melakukan aktiviti aerobic. JAKIM dan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak harus membiarkan orang ramai terus hanyut dalam kemelut dan polemik ini. Perkara akan mengundang pandangan negative yang akan menjadi bahan ejekan dan sendaan orang ramai terhadap ulama yang gagal mencapai kata sepakat dalam hal yang kecil sebegini.

Walaupun hal-hal agama adalah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri-negeri, tetapi demi memperlihatkan kesepaduan dan perpaduan islam di Negara ini satu fatwa yang seragam perlu diusahakan. Dengan berbekalkan semangat 1 Malaysia satu fatwa yang seragam adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan oleh pihak JAKIM.






Khamis, 31 Mac 2011

Masuk tahun satu pada umur 6 tahun mulai 2015.

Kementerian Palajaran akan mengurang umur masuk sekolah dari umur tujuh tahun kepada umur enam tahun mulai 2015. Dasar ini akan melibatkan lebihkurang 1 juta kanak-kanak berbanding sekarang 500,000 hingga 600,000. Sehubungan dengan itu kementerian pelajaran telah mengambil langkah persediaaan dari segi infrastruktur dan tenaga guru bagi melaksanakan langkah tersebut.

Perlaksanaan dasar ini sudah barang tentu akan menjadi cabaran guru besar sebagai pentadbir sekolah. Pada tahun tersebut murid yang memasuki tahun satu akan menjadi dua kali ganda iaitu kanak-kanak memasuki tahun satu pada umur tujuh tahun dan kenak-kanak yang memasuki tahun satu pada umur enam tahun.

Kemudahan ifrastruktur seperti bilik darjah, kerusi meja danbuku teks perlu disediakan dua kali ganda. Sekolah-sekolah di bandar-bandar besar biasanya mempunyai bilangan kelas yang jauh lebih banyak. Penambahan bilangan murid-murid ini sudah barang tentu memerlukan penambahan bilik darjah. Pembinaan bilik-bilik darjah tambahan memerlukan tapak pembinaan. Untuk mendapat tapak-tapak pembinaan juga adalah merupakan masalah besar yang perlu dihadapi bagi melaksanakan dasar ini.