Selasa, 7 Julai 2009

Selamat Jalan Raja Pop Mikhail




Upacara pengebumian Michael Jackson atau nama Islamnya Mikhail dimulakan dengan keluarga Raja Pop itu berkumpul mengadakan majlis khas untuk memberi penghormatan terakhir kepada Michael Jackson atau nama timangannya Jacko. Keranda dibawa ke arena sukan Staples Center, di mana upacara penghormatan kepada Raja Pop itu akan dilakukan.

Di Staples Center keranda Jackson diletakkan di tengah-tengah pentas bagi memberi peluang kepada peminat-peminatnya membuat persembahan sebagai tanda memberi penghormatan terakhir kepadanya. Bintang-bintang seperti Stevie Wonder, Mariah Carey dan Lionel Richie turut mengadakan persembahan bagi memberi penghormatan kepada ikon pop itu.

Kesemua ahli keluarga Michael Jackson berada di dalam bangunan itu kecuali ketiga-tiga anak Jackson, Paris Michael, 12 Paris, 11, dan Prince Michael II, 7, tidak kelihatan.
Lebih satu bilion orang turut mengikuti upacara penghormatan kepada Jackson di Staples Center melalui Internet.
Kita bersyukur kerana di penghujung hidupnya hatinya terbuka untuk memeluk Islam. Walaupun Islamnya penghibur terhebat di abad ini tidak memberi impak yang besar kepada perkembangan Islam sepertimana islamnya Cat Steven atau Yusuf islam, kita berharap ianya dapat menggerakkan hati lain-lain penghibur hebat sepertinya.
Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya dan mendoakan semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya serta mendapat keredhaannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan