Isnin, 6 Julai 2009

Pesta Makan Durian

Jangan makan banyak sangat, nanti dapat penyakit !
Cikgu R.Azmi jadi hakim pertandingan makan durian ke?

Cikgu Nasrom membelahkan durian untuk Puan Hajjah Asmah dan Puan Suriani

Musim buah-buahan datang lagi. Pelbagai jenis buah seperti durian, rambutan dan manggis kebanyakan telah mula masak. Nampaknya kali ini buah-buahan tersebut mengeluarkan buah dengan lebat sekali. Keadaan buah-buahan yang menjadi ini menyebabkan ianya dijual dengan agak murah.

Di antara buah-buah yang menjadi kegemaran ramai ialah durian. Ini disebabkan rasanya yang sedap. Dikenali sebagai raja buah, ia mempunyai pelbagai nama dan jenis antaranya ialah durian tembaga dandurian daun. Terdapat juga durian klon, antaranya ialah durian klon D24. Selain dari dimakan terus ianya juga menjadi bahan campuran di dalam kueh-mueh, pengat dan bubur. Durian juga boleh dibuat tempoyak.

Ironinya ramai juga orang tidak menyukai buah durian. Bagi mereka bau durian adalah busuk dan tidak menyenangkan. Sebahagiannya pula mengatakan bau durian menyebabkan mereka pening dan rasa ingin muntah.

Namun demikian durian tetap menjadi kegilaan sebahagian besar rakyat Malaysia. Ini termasuklah staf sekolahku yang baru-bari ini mengadakan pesta makan durian.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan