Sabtu, 9 April 2011

Temasya Sukan Tahunan SK (F) Kumai 2011

Temasya sukan tahunan SK Felda Kumai 2011 telah diadakan pada 9 April 2011. Sukan tersebut telah dirasmikan oleh Pengurus Teknoplant Encik Hamyruddin. Yang Di-Pertua PIBG Tuan Haji Ismail bin Md.Isa dan AJK-AJK PIBG turut hadir dimajlis memeriahkan sukan.


Encik Hamyruddin merasmikan sukan.
Encik Hamyruddin menyampaikan hadiah.

AJK PIBG Encik Ismayuddin sedang menyampaikan hadiah.
Puan Hajah Asmah dan Puan Suriani sedang posing.
AJK Hadiah sebuk menjalankan tugas.
Juruacara Encik Tahir dan Cik Zaimah Amimi tekun menjalan tugas.
Johan Temasya Sukan 2011, Rumah Merbau.
GPK Pentadbitan, Puan Hajah Asmah menyampaikan hadiah.
GPK HEM Puan Suriani menyampaikan hadiah.
AJK PIBG, Encik Zul sedang menyampaikan hadiah.

Isnin, 4 April 2011

Guru Berjiwa Penjenayah


Seorang murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) berasrama di Jejawi, Perlis dipercayai dibelasah seorang guru warden asrama di sebuah sekolah agama persendirian tanpa belas kasihan sehingga koma. Saiful Syazani Saiful Sopfidee dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star. Beliau kemudian meninggal kerana masalah jantung dan pendarahan otak.

Inilah akibatnya apabila dunia pendidikan telah dibolosi orang-orang yang sepatutnya tidak menjadi guru. Orang seperti ini sepatutnya menjadi warden penjara di Guantanamo atau Penjara Israel, bukan warden asrama sekolah.

Ke manakah perginya jiwa kemausiaan yang sepatutnya menghiasi kehidupan seorang manusia apatah lagi pada manusia yang dipanggil guru.

Faktor terpenting bagi seorang guru adalah kepribadiannya. Kepribadian itulah yang akan menentukan apakah ia menjadi pendidik dan yang baik bagi anak didiknya ataukah akan menjadi perosak atau penghancur bagi hari depan anak didik.

Kepribadian yang sesungguhnya adalah abstrak (ma’nawi) sukar dilihat atau diketahui secara nyata. Yang dapat dilihat adalah penampilannya yang terjelma dari tindakannya, ucapan, caranya bergaul, berpakaian dan dalam menghadapi setiap persoalan atau masalah, baik yang ringan maupun yang berat.

Perasaan dan emosi guru yang mempunyai kepribadian sentiasa stabil, optimis dan menyenangkan. Dia dapat memikat hati anak didiknya, karena setiap anak merasa diterima dan sayangi oleh guru, betapapun sikap dan tingkah lakunya.

Guru yang pemarah atau keras, akan menyebabkan pelajarnya takut, Pelajar yang takut tidak akan mempelajari apa-apa. Guru bukan untuk ditakuti tetapi dihormati.

Ahad, 3 April 2011

Mesyuarat Agung PIBG SK (F) Kumai ke-27 Sessi 2011

Dato'Sri Haji Ismail sedang memberi ucapan. Pegawai Pendidikan Daerah
Bera, Encik Ramli bin Haji Awang sedang mendengar ucapan beliau.


Guru Besar SK (F) Kumai menyampaikan cenderamata
kepada Dato' Sri Haji Ismail Sabri.


Dato' Sri Haji Ismail Sabri menandatangan buku pelawat.


Antara tetamu kehormat yang hadir.


Dato' Sri Haji Ismail Sabri sedang menikmati jamuan.
Antara pelajar 5A 2010 yang menerima pengiktirafan
dari Dato' Sri Haji Ismail Sabri.


Mesyuarat Agung ini telah berlangsung pada Ahad 3 April 2011. Tetamu jemputan khas adalah YB Dato' Sri Haji Ismail Sabri bin Haji Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang juga merupakan Ahli Parlimen Bera.

Tetamu-tetamu kehormat yang turut hadir adalah Encik Ramli bin Awang, Peawai Pelajaran Daerah Bera, Encik Abu Bakar bin Manan Pengurus Felda Kumai, Encik Abu bin Rasu, Ketua Kampung Felda Kumai dan Tuan Haji Ishak bin Hassan, Ketua Cawangan UMNO Felda Kumai.

Dalam ucapan beliau, YB Dato' Sri Haji Ismail Sabri memuji kejayaan yang telah dicapai oleh pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi sekolah dalam peperiksaan UPSR 2010 yang lepas.

Beliau juga memuji peranan PIBG dan guru-guru yang saling berganding bahu demi memastikan kejayaan cemerlang pelajar di sekolah ini. Beliau berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan. Kesungguhan guru-guru dan pelajar serta pengorbanan ibubapa adalah faktor penting bagi kejayaan sekolah.

Selain itu beliau mengingatkan ibubapa mengenai peranan kerajaan yang mengeluarkan peruntukan yang besar dalam menyediakan infrastruktur pendidikan juga adalah antara faktor kejayaan sekolah. Hasil dari pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan, maka pelajarpelajar melayu telah mencapai kejayaan yang cemerlang.

Mesyuarat Agung PIBG bermula tepat jam 11.30 pagi.




Jumaat, 1 April 2011

Kemelut Tarian Poco-poco

Sejak minggu kebelakangan ini heboh di perkatakan polemik mengenai tarian Poco-poco yang difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang dipengerusikan Tan Sri Harussani Zakaria. Manakala dua orang tokoh agama iaitu Dr Mashitah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis memberi tarian itu pandangan tidak haram.

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan terhadap fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi. "Poco-poco itu adalah muzakarah fatwa di Perak sahaja. Sehingga kini keputusan itu belum diwartakan. Bermakna selagi itu, ia tidak berkuatkuasa. Kalau berkuatkuasa pun ia hanya di Perak sahaja kerana ia bukan hasil dari keseluruhan muzakarah mufti," kata Mashitah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berpendapat tarian poco-poco hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman serta tidak perlu diharamkan di seluruh negara.

"Dari satu tempat ke satu tempat tarian poco-poco ini berbeza. Lagu pun tidak sama. Jadi besar kemungkinan ditimbulkan di Perak kerana di Perak tidak sama dengan tempat lain.

"Tapi di tempat-tempat lain yang saya sendiri perhatikan ia berbentuk lebih kepada senaman yang mana kalau nak buat aerobik itu pada orang tua mungkin agak agresif.Jadi poco-poco ini digunakan sebagai wadah untuk orang bersenam, itu yang saya lihatlah," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tarian poco-poco, yang muncul polemik terbaru, tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam.

Oleh itu kata beliau, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan.

Tarian ini berkembang dengan cepat dan pesat di Malaysia. Ianya menjadi pilihan ramai kepada orang-orang yang ingin melakukan aktiviti aerobic. JAKIM dan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak harus membiarkan orang ramai terus hanyut dalam kemelut dan polemik ini. Perkara akan mengundang pandangan negative yang akan menjadi bahan ejekan dan sendaan orang ramai terhadap ulama yang gagal mencapai kata sepakat dalam hal yang kecil sebegini.

Walaupun hal-hal agama adalah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri-negeri, tetapi demi memperlihatkan kesepaduan dan perpaduan islam di Negara ini satu fatwa yang seragam perlu diusahakan. Dengan berbekalkan semangat 1 Malaysia satu fatwa yang seragam adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan oleh pihak JAKIM.






Khamis, 31 Mac 2011

Masuk tahun satu pada umur 6 tahun mulai 2015.

Kementerian Palajaran akan mengurang umur masuk sekolah dari umur tujuh tahun kepada umur enam tahun mulai 2015. Dasar ini akan melibatkan lebihkurang 1 juta kanak-kanak berbanding sekarang 500,000 hingga 600,000. Sehubungan dengan itu kementerian pelajaran telah mengambil langkah persediaaan dari segi infrastruktur dan tenaga guru bagi melaksanakan langkah tersebut.

Perlaksanaan dasar ini sudah barang tentu akan menjadi cabaran guru besar sebagai pentadbir sekolah. Pada tahun tersebut murid yang memasuki tahun satu akan menjadi dua kali ganda iaitu kanak-kanak memasuki tahun satu pada umur tujuh tahun dan kenak-kanak yang memasuki tahun satu pada umur enam tahun.

Kemudahan ifrastruktur seperti bilik darjah, kerusi meja danbuku teks perlu disediakan dua kali ganda. Sekolah-sekolah di bandar-bandar besar biasanya mempunyai bilangan kelas yang jauh lebih banyak. Penambahan bilangan murid-murid ini sudah barang tentu memerlukan penambahan bilik darjah. Pembinaan bilik-bilik darjah tambahan memerlukan tapak pembinaan. Untuk mendapat tapak-tapak pembinaan juga adalah merupakan masalah besar yang perlu dihadapi bagi melaksanakan dasar ini.

Selasa, 22 Disember 2009

BAYARAN TAMBAHAN 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bayaran tambahan minimum yang perlu dilbayar oleh ibubapa dan penjaga pada sessi persekolahan 2010 yang akan datang.

Kerajaan sebelum ini dalam belanjawan 2008 yang dibentangkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Hj.Badawi telah menghapuskan bayaran yuran persekolahan. Yuran persekolahan ketika itu adalah RM 4.50 bagi sekolah rendah dan RM 9.00 bagi sekolah menengah.

Berbanding dengan yuran sekolah yang kegunaannya adalah untuk pentadbiran sekolah, bayaran tambahan ini adalah diguakan bagi tujuan manfaat pelajar seperti bayaran insuran, sukan, peperiksaan dan kegiatan agama Islam.

Sekolah sebagai institusi pendidikan memerlukan dana yang besar dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti penting serta menyediakan beberapa perkhidmatan dan kemudahan tambahan kepada pelajar. Oleh itu ibubapa juga turut berperanan membantu sekolah dalam melaksanakan program-program yang dinyatakan tersebut.

Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM melalui surat pekeliling ikhtisas bil 5/2009 telah menetapkan bayaran tambahan minimum sebanyak RM 24.50 di sekolah rendah dan RM 33.50 di sekolah menengah. KPM tidak menetapkan had bayaran maksima yang boleh dikenakan kepada ibubapa atau penjaga. Sekolah boleh menetapkan sendiri bayaran maksimum tersebut dengan persetujuan PIBG sekolah.

Jabatan Pelajaran Pahang pula melalui surat pekelilingnya telah menetapkan had bayaran maksima sebanyak RM 45.00 bagi semua sekolah di negeri Pahang. Oleh itu bayaran tambahan bagi sekolah-sekolah rendah di negeri pahang adalah di antara RM 24.50 dan RM 45.00. Sementara di sekolah menengah bayaran tambahannya pula adalah di antara RM 33.50 dan RM 45.00.

Bayaran tambahan ini akan mula dikutip sebaik sahaja sessi persekolahan 2010 bermula. Pada sessi persekolah 2009 yang lalu bayaran tambahan ini mula dikutip pada 1 Julai.

Dengan kutipan bayaran tambahan ini dibuat seawal sessi persekolahan bermula, adalah diharapkan semua ibubapa serta penjaga dapat menyempurnakan segala bayaran yang ditetapkan. Secara tradisinya ibubapa dan penjaga telah menyediakan kewangan secukupnya untuk keperluan persekolahan anak pada awal tahun.

Dalam keadaan Kementerian Pelajaran Malaysia mengenakan langkah penjimatan perbelanjaan, bayaran tambahan yang akan dibuat ini adalah amat vital dalam menjayakan program-program yang dirancang pihak sekolah. Adalah diharapkan semua penjaga melaksanakan tanggungjawab ini.

Ahad, 20 Disember 2009

Ketika dulu-dulu ....

Ketika dulu-dulu sekitar 60an sistem pengangkutan yang digunakan oleh orang ketika itu adalah bot dan keretapi. Pengangkutan jalanraya belum dibina meluas lagi. Jalanraya kalau adapun hanya di bandar-bandar dan jalanraya menghubung bandar-bandar utama.

Kampung ibuku bernama Kampung Jenderak, Kuala Krau Pahang. Kedudukan Kampung Jenderak adalah lebihkurang tiga puluh kilometer dari Bandar Temerloh. Perjalanan menaik kereta hari ini dari Kampung Jenderak ke Temerloh sekarang ini mengambil masa lebih kurang setengah jam. Dulu-dulu perjalanan ke Temerloh begitu susah dan payah. Perjalanannya pun mengambil masa yang panjang.

Sewaktu kecil dulu aku selalu pergi ke Temerloh. Kalau tidak mengikut ayahku, aku mengikut datukku. Datukku selalu ke Temerloh dengan bot. Perkhidmatan bot hanya ada pada hari Ahad sahaja iaitu hari ‘Pekan Sehari’ di Temerloh. Selepas sembahyang subuh aku dengn atukku sudah menunggu bot di ‘jamban’ (rakit tempat membuang air besar dan membasuh kain). Dalam kegelapan subuh, bot akan singgah disetiap’ jamban’ untuk mengambil penumpang. Kalau bot sudah penuh kena tunggu bot yang berikutnya. Setelah menaiki bot lebih kurang tiga jam barulah sampai ke Temerloh.

Ayahku selalu menaiki keretapi ke Temerloh. Kami terpaksa berjalan kaki selama satu setengah jam melalui hutan untuk ke ‘Slow’ (perhentian keretapi) yang bernama Seden.Bila keretapi sampai, ia akan berhenti selama satu atau dua minit sahaja. Keretapi mengambil masa lebih kurang empat puluh lima minit untuk sampai di Mentakab. Dari Mentakab kami ke Temerloh dengan menaiki bas.

Begitulah susah dan payah nya orang dulu-dulu untuk ke mana-mana. Tidak seperti dulu,kita hari ini mempunyai pelbagai kemudahan pengangkutan. Jaringan jalanraya berada di mana-mana. Kebanyakan orang punyai kenderaan sendiri. Setengahnya memiliki dua atau tiga kereta. Jika tidak ada kenderaan sendiri kita boleh gunakan kenderaan awam. Kita ada perkhidmatan bas, teksi, keretapi, komuter, LRT dan Monorel.

Kemana sahaja kita nak pergi kita mengambil masa yang singkat sahaja. Tetapi kalau manusia namanya, ada yang tidak tahu bersyukur di atas segla nikmat yang dikurniakan tuhan. Terdapat pemandu bila menaiki kenderaan hendak cepat sahaja. Bila ada yang mengganggu perjalanannya, maka marahlah dia dengan amat sangat. Ada yang sampai sanggup mencederakan pemandu-pemandu lain.

Sedih sungguh kita melihat senario ini. Semakin kita maju semakin kita angkuh dan hilang pedoman. Adakah bila kita sudah maju kita mahu membuang kemanusiaan kita. Contohi orang zaman dulu-dulu yang mengharungi perjalanan ke sesuatu tempat dengan begitu susah dah payah tetapi mereka tetap sabar dan tabah

Khamis, 17 Disember 2009

Emas Bola, Syabas Malaysia

Syabas buat pasukan bolasepak kebangsaan kerana berjaya memenangi pingat emas bolasepak sukan SEA. Kejayaan yang diraih setelah kali terakhir memenanginya pada tahun 1981 iaitu dua puluh tahun yang lalu sangat-sangat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Kejayaan ini membuatkan rakyat malaysia begitu berbangga dan teruja sekali.

Bukan tujuan untuk memperkecil-kecil pasukan bolasepak Malaysia, semasa pasukan ini berangkat ke Vientien tidak ada peminat bosepak kebangsaan yang meletakkan harapan untuk pasukan bolasepak kita memenangi sebarang pingat. Hatta MSN sendiri meletakkan pasukan bolasepak bertanding di bawah kategori B iaitu pembiayaan sendiri.

Pasukan bolasepak kebangsaan kita telah begitu lama tenggelam. Mutu bolasepak negara begitu merosot. Peminat-peminat bola begitu kurang memberi perhatian kepada pasukan kebangsaan dan negeri-negeri. Peminat-peminat bola lebih meminati Liga-liga England, Sepanyol, Itali, Jerman dan lain-lain. Adalah diharapkan dengan kejayaan ini akan dapat menarik kembali perhatian peminat bola kepada bolasepak kebangsaan dan negeri.

Walaupun pada keseluruhannya pemain-pemain Vietnam lebih berpengalaman dan kemampuan, tetapi semangat dan sikap melawan pemain-pemain muda telah memberikan kemenangan kepada mereka. Syabas dicapkan kepada pemain-pemain muda kita di atas semangat dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.

Kita berharap kejayaan ini adalah satu permulaan kepada masa depan bolasepak negara yang lebih cerah. Pasukan bolasepak kebangsaan negara kira suatu ketika dahulu iaitu tahun 60an dan tahun 70an adalah antara pasukan yang handal di Asia. Kita sangat merindui perkara tersebut berlaku lagi kepada pasukan bosepak kebangsaan kita.

Kita tahu perkara tersebut bukan senang dicapai tetapi bukan sesuatu yang mustahil. Kita juga tidak mahu harapan yang begitu tinggi rakyat Malaysia akan memberi tekanan kepada pemain-pemain muda kita. Untuk berjaya kita mesti berciti-cita besar. Ciri-ciri pasukan yang berjaya ada ditunjukkan oleh pemain-pemain kita ini. Penulis yakin pasukan kebangsan masa depan yang kuat boleh dibina melalui mereka ini.

Selasa, 15 Disember 2009

Selamat Hari Lahir Sayangku


Selamat hari lahir yang ke 10 pada 15 Disember 2009 ini. Ayahanda doakan anakanda dilimpahkan kesejahteraan, kebahagiaan, kesihatan dan keselamatan. Tabah dan sabarkan menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup. Ayahanda juga mendoakan anakanda sentiasa sukses di dalam apa juga bidang yang anakanda ceburi. Renungilah pantun ayahanda ini:

Banyak melata si pohon temu
Menyemai padi dibuat emping
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding

Tumbuh merata si pisang embun
Ubi jaga dari seberang
Pangkat besar harta menimbun
Budi juga dipandang orang

Kalau kita hendak belayar
Bawa bersama roti kaya
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya

Terang bulan di malam sepi
Cahaya memancar ke pangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa








PELUANG GURU MUDA MENINGKATKAN DIRI

Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Alimuddin bin Mohd.Dom telah menyatakan bahawa guru-guru muda berpeluang menjadi pengetua atau guru besar tanpa mereka menunggu menjadi guru senior atau kanan.

Beliau menyatakan bahawa kritirea pemilihan pemimpin pendidikan tidak lagi diukur melalui senioriti atau pengalaman tetapi lebih kepada pencapian Petunjuk Prestasi Utama, KPI yang kini digunakan oleh semua kementerian dan jabatan kerajaan.

Menggunakan pengalaman sebagai kritirea pemilihan pemimpin pendidkan masa kini tidak lagi efektif. Faktor pengalaman sahaja tidak cukup untuk berdepan dengan pencabar-pencabar lain yang begitu hebat bersaing dalam dunia yang sungguh kompetatif ini.

Kejayaan sesebuah organisasi sekolah dewasa ini sangat berkait rapat dengan kemampuan dan kebolehan seseorang pemimpinnya membawa organisasi di bawah pimpinan maju kehadapan. Ia perlu mempunyai misi dan visi yang jelas, kepimpinan yang cemerlang, kreatif dan mempunyai idea terkehadapan.

Kepada guru-guru senior, janganlah menganggap ini sesuatu yang akan menutup peluang mereka menjadi pengetua atau guru besar. Sebaliknya guru-guru senior hendaklah menjadikan perubahan system ini sebagai satu cabaran yang menjadikan mereka juga adalah pemain-pemain yang hebat.

Guru-guru senior tidak dapat lari dari menjadikan diri mereka kompeten agar mereka tidak dilihat sebagai tunggul mati atau lembu mandul. Ini hakikat yang terpaksa kita terima jika kita masih ingin bergelar warga pendidik. Dengan kompetensi diri yang tinggi serta diadun dengan pengalaman yang dilalui sudah tentu guru-guru senior berada jauh di hadapaan di dalam persaingan ini!

Isnin, 7 Disember 2009

Selamat Hari Lahir Anakanda

8 Dis 2009. Ayahanda mengucapkan selamat hari lahir yang ke 29. Semoga pertambahan umur akan menambahkan lagi kematangan, pengalaman, kebijaksanaan dan keterampilan. Semoga dengan pertambahan perkara-perkara ini akan dapat membantu anakanda lebih cekal dan tabah melayari kehidupan yang penuh cabaran, dugaan dan pancaroba ini.

Ayahannda doakan semoga kehidupan anakanda dipenuhi dengan kebahagiaan dan kesejahteraan serta dimurahkan rezeki, panjang umur dan juga mendapat keberkatan Allah. Ayahanda doakan juga agar anakanda majujaya dalam kareer pekerjaan anakanda serta sukses dalam apa juga yang anakanda lakukan

Selain itu ayahanda nak ingatkan diri ayahanda dan juga anakanda supaya jangan kita lupa siapa kita, dari mana kita datang, ke mana kesudahan hidup kita ini. Tunaikanlah segala kewajipan dan tanggungjawab kita sebagai individu, ketua keluarga dan yang terpenting sekali sebagai hamba Allah.

Ayahanda sentiasa mengingati dan menyayangimu.

Ahad, 26 Julai 2009

Takziah Kepada Keluarga Nasaruddin Abd.Aziz

Kita amat sedih dan terharu di atas kemalangan jalanraya yang menimpa kepada saudara Nasaruddin Abd.Aziz (Nasar) dan Ustazah Fatmawati Harun (Fatma) serta keluarga. Sesungguhnya peristiwa itu amat menyayat hati kita semua. Kita merakamkan ucapan takziah kepada kedua-dua keluarga Nasar dan Fatma. Diharapkan kedua-dua keluarga tabah dan sabar menghadapi ujian Allah ini. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Kita berdoa agar kesemua mereka mendapat keampuan dan keredhaan dari Allah S.W.T . Kita juga berdoa agar roh-roh mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang solih.

Al-Fatihah.

Jumaat, 24 Julai 2009

KONSPIRASI KEMATIAN MICHAEL JACKSON

Konspirasi Kematian Michael Jackson Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk translatekan forward email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”.. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain

Dialihbahasa oleh http://beautifulnar a.com

http://zailina88. blogspot. com

Isnin, 20 Julai 2009

KELUARGA FADHIL MENZIARAHI KELUARGA DI FELDA BUKIT KEPAYANG

Ahli keluarga Fadhil sedang menikmati buah durian.

Sedang berbual mengenai salasilah keluarga.
Keluarga di Felda Kepayang juga sedang menikmati buah durian.
Fadhil sedang sibuk membelah durian.
Kak Mun dan Ri sedang berbual.
Wati melayani keluarga Fadhil.
Ami De dan Ri sibuk memasak.

Pada 19 Julai 2009 Ahad keluarga Fadhil dari Sungai Buluh seramai 19 orang telah menziarahi keluarga di Felda Bukit Kepayang.

Ahad, 19 Julai 2009

EKSPEDISI KE GUNUNG SENYUM










Pada 18 Julai 2009 Sabtu penulis bersama 37 ahli unit-unit beruniform SK LKTP Kumai telah mengadakan ekspedisi ke Gunung Senyum. Ekspedisi itu diketui oleh En.Nasrom Chemadi dan dibantu oleh 3 orang guru iaitu Cikgu Norzam Mohd.Nor, Cikgu Faezah Abd.Kadir dan Cikgu Amimi. Pembantu Tadbir Cik Norashikin Nordin serta isteri dan anak Cikgu Nasrom pun turut serta.

Bas yang membawa peserta-peserta ekspedisi bertolak pada jam 8.00 pagi dann tiba di Gunung Senyum pada jam 10.30 pagi. Setelah tiba peserta-peserta kemudian diberi taklimat oleh pegawai Jabatan Hutan En. X. Beliau telah memberi panduan serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diikuti peserta untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. En. X memberi tahu Gunung Senyum mempunyai 18 gua semuanya. Rombongan kami akan dibawa menjelajah hnnya 8 gua sahaja bersesuaian dengan masa yang ada serta peringkat umur peserta-peserta rombongan.

Jumaat, 17 Julai 2009

GOTONG ROYONG PINDAH BILIK GURU DAN MENGEMAS PERABOT YANG TIDAK DIGUNAKAN.

Cikgu Tahir dengan Cikgu R.Azmi sedang merancang sesuatu agaknya!
Cikgu Norzam sedang memberi arahan kepada pelajar-pelajarnya.
Cikgu Anita sibuk menyediakan air minuman kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang keletihan.




Sekolah SK LKTP Kumai telah mendapat peruntukan naik taraf dan baik pulih di bawah RMK9. Setakat ini 10 bilik darjah telah diubah suai menjadi bilik tayangan, bilik seni, bilik perpustakaan dan bilik guru. Jumaat lepas telah diadakan gotong royong memindahkan bilik guru. Bilik guru sebelumkan ini menggunakan bilik musalla. Selain dari menindahkan bilik guru, gotong royong mengemas stor sukan dan stor perabut juga dibuat.

Khamis, 16 Julai 2009

Berkenalan dengan calon pelajar cemerlang SK LKTP Kumai 2009

Nama: Nurul Adibah bt. Mat Yaakob.
Alamat: No.323 Felda Kumai, 28300 Triang , Pahang.
Tarikh lahir: 20 April 1997.
Tempat lahir: Hospital Mentakab, Pahang.
Hobi: Membaca buku dan bermain badminton.
Cita-cita: Arkitek.
Moto: Selangkah di hadapan.


Nama: Nurul Hasipah bt. Mohd.Rofi.
Alamat: No.485 Felda Kumai, 28300 Triang , Pahang
Tarikh lahir: 28 Oktober 1997.
Tempat lahir: Hospital Mentakab, Pahang.
Hobi: Membaca buku.
Cita-cita: Polis.
Moto: Cemerlang dalam hidup.


Nama: Anis Farhana bt. Hj.Mokhtar.
Alamat: No.544 Felda Kumai, 28300 Triang , Pahang
Tarikh lahir: 20 April 1997.
Tempat lahir: Klinik Tementi, Bera.
Hobi: Membaca dan bermain komputer.
Cita-cita: Doktor pakar.
Moto: Masa itu emas.


Nama: Mohd.Shafiq b. Sabu.
Alamat: No.524 Felda Kumai, 28300 Triang , Pahang
Tarikh lahir: 6 Oktober 1997.
Tempat lahir: Hospital Mentakab, Pahang.
Hobi: Memancing.
Cita-cita: Tentera Udara.
Moto: Terus maju kehadapan.

Nama: Badrul Hisham b. Awang Mat Sah.
Alamat: No.539 Felda Kumai, 28300 Triang , Pahang
Tarikh lahir: 29 Ogos 1997.
Tempat lahir: Hospital Mentakab, Pahang.
Hobi: Memancing dan bermain bolasepak.
Cita-cita: Angkasawan.
Moto: Berusaha untuk berjaya.