Dato'Sri Haji Ismail sedang memberi ucapan. Pegawai Pendidikan Daerah
Dato' Sri Haji Ismail Sabri sedang menikmati jamuan.
Antara pelajar 5A 2010 yang menerima pengiktirafanMesyuarat Agung ini telah berlangsung pada Ahad 3 April 2011. Tetamu jemputan khas adalah YB Dato' Sri Haji Ismail Sabri bin Haji Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang juga merupakan Ahli Parlimen Bera.
Tetamu-tetamu kehormat yang turut hadir adalah Encik Ramli bin Awang, Peawai Pelajaran Daerah Bera, Encik Abu Bakar bin Manan Pengurus Felda Kumai, Encik Abu bin Rasu, Ketua Kampung Felda Kumai dan Tuan Haji Ishak bin Hassan, Ketua Cawangan UMNO Felda Kumai.
Dalam ucapan beliau, YB Dato' Sri Haji Ismail Sabri memuji kejayaan yang telah dicapai oleh pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi sekolah dalam peperiksaan UPSR 2010 yang lepas.
Beliau juga memuji peranan PIBG dan guru-guru yang saling berganding bahu demi memastikan kejayaan cemerlang pelajar di sekolah ini. Beliau berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan. Kesungguhan guru-guru dan pelajar serta pengorbanan ibubapa adalah faktor penting bagi kejayaan sekolah.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan