Khamis, 31 Mac 2011

Masuk tahun satu pada umur 6 tahun mulai 2015.

Kementerian Palajaran akan mengurang umur masuk sekolah dari umur tujuh tahun kepada umur enam tahun mulai 2015. Dasar ini akan melibatkan lebihkurang 1 juta kanak-kanak berbanding sekarang 500,000 hingga 600,000. Sehubungan dengan itu kementerian pelajaran telah mengambil langkah persediaaan dari segi infrastruktur dan tenaga guru bagi melaksanakan langkah tersebut.

Perlaksanaan dasar ini sudah barang tentu akan menjadi cabaran guru besar sebagai pentadbir sekolah. Pada tahun tersebut murid yang memasuki tahun satu akan menjadi dua kali ganda iaitu kanak-kanak memasuki tahun satu pada umur tujuh tahun dan kenak-kanak yang memasuki tahun satu pada umur enam tahun.

Kemudahan ifrastruktur seperti bilik darjah, kerusi meja danbuku teks perlu disediakan dua kali ganda. Sekolah-sekolah di bandar-bandar besar biasanya mempunyai bilangan kelas yang jauh lebih banyak. Penambahan bilangan murid-murid ini sudah barang tentu memerlukan penambahan bilik darjah. Pembinaan bilik-bilik darjah tambahan memerlukan tapak pembinaan. Untuk mendapat tapak-tapak pembinaan juga adalah merupakan masalah besar yang perlu dihadapi bagi melaksanakan dasar ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan