Isnin, 7 Disember 2009

Selamat Hari Lahir Anakanda

8 Dis 2009. Ayahanda mengucapkan selamat hari lahir yang ke 29. Semoga pertambahan umur akan menambahkan lagi kematangan, pengalaman, kebijaksanaan dan keterampilan. Semoga dengan pertambahan perkara-perkara ini akan dapat membantu anakanda lebih cekal dan tabah melayari kehidupan yang penuh cabaran, dugaan dan pancaroba ini.

Ayahannda doakan semoga kehidupan anakanda dipenuhi dengan kebahagiaan dan kesejahteraan serta dimurahkan rezeki, panjang umur dan juga mendapat keberkatan Allah. Ayahanda doakan juga agar anakanda majujaya dalam kareer pekerjaan anakanda serta sukses dalam apa juga yang anakanda lakukan

Selain itu ayahanda nak ingatkan diri ayahanda dan juga anakanda supaya jangan kita lupa siapa kita, dari mana kita datang, ke mana kesudahan hidup kita ini. Tunaikanlah segala kewajipan dan tanggungjawab kita sebagai individu, ketua keluarga dan yang terpenting sekali sebagai hamba Allah.

Ayahanda sentiasa mengingati dan menyayangimu.

2 ulasan:

  1. Laa..dah tua aok ye padeli..Zul..aok tak g nahan jaring ke?

    BalasPadam
  2. koipun nak ucap selamat jugalah pada fadzli....bolehlah belanja kome ngeteh kat kedai wira malam nanti.....balas balik ikan kite pegi nengok tadi...hehehe

    BalasPadam